top of page

PANDUAN PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

Writer's picture: Faizuddin Center of ExcellenceFaizuddin Center of Excellence

Updated: Mar 1, 2024

Bagi majlis-majlis rasmi, teks ucapan perlu disediakan oleh pihak penganjur. Teks ucapan yang disediakan perlulah memenuhi kriteria dan format yang tertentu.


Carta Alir Proses Penyediaan Teks Ucapan



Teks Ucapan Majlis Diraja

Ucapan dalam majlis yang melibatkan tetamu khas Diraja mempunyai salutasi dan turutan khas dalam pengucapan.


Antara contoh (Salutasi mungkin berubah mengikut peredaran masa dan atas makluman protokol negeri):


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Sesungguhnya segala pujian itu milik Allah sarwa alam. Seperangkat selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan anggota keluarga Baginda.

Salam Perlis, “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju” serta Salam FCoEE – “Insentif Minda Pemangkin Bangsa”.

Mengadap Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Dan Mengadap

Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil

Ampun Tuanku,

Patik dan seluruh warga penganjur dan urusetia, Faizuddin Centre of Educational Excellence merafak sembah, menjunjung setinggi – tinggi kasih, atas limpah perkenan Duli-duli Tuanku berangkat ke Majlis Penyerahan Insan Terpilih Madani kepada Rakan Pemangkin Insan Terpilih Madani (RPPITM) melalui Ketua Pemangkin Insan Terpilih Madani (KPPITM).

Ampun Tuanku,

Patik pohon ampuni limpah perkenan Duli–Duli Tuanku untuk patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang dimuliakan dan semua hadirin yang diraikan.

Ampun Tuanku

| Senarai tetamu kehormat 4-5 orang tertinggi|

Dif-dif jemputan, wakil-wakil universiti, wakil-wakil jabatan, guru-guru besar, pengetua-pengetua, jawatankuasa pelaksana dan hadirin yang saya raikan sekalian.


Teks Ucapan Majlis Rasmi dengan Tetamu Kehormat

Contoh Salutasi:


Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Sesungguhnya segala pujian itu milik Allah sarwa alam. Seperangkat selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan anggota keluarga Baginda.

Salam Perlis, “Raja Berdaulat, Rakyat Berilmu, Negeri Sejahtera, Perlis Maju”.

| Senarai tetamu kehormat 4-5 orang tertinggi|

Dif-dif jemputan, wakil-wakil universiti, wakil-wakil jabatan, jawatankuasa pelaksana dan hadirin yang saya raikan sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama dalam majlis pada pagi ini.


Penyusunan Isi Kandungan






13 views0 comments

Recent Posts

See All

PANDUAN PENYEDIAAN DRAF TITAH DIRAJA

Draf titah diraja perlu disediakan oleh pihak pengajur. Isi ucapan titah mestilah berkisarkan seruan umum yang bersesuaian dengan...

SOP MELIBATKAN PROTOKOL DAN MAJLIS DIRAJA

Sekiranya majlis melibatkan jemputan dan tetamu khas Diraja, pegawai tertinggi negeri atau negara, persediaan dibawah perlu dibuat dengan...

Comments


bottom of page