top of page
  • Writer's pictureFaizuddin Center of Excellence

PANDUAN PENYEDIAAN DRAF TITAH DIRAJA

Draf titah diraja perlu disediakan oleh pihak pengajur. Isi ucapan titah mestilah berkisarkan seruan umum yang bersesuaian dengan objektif dan tema program atau majlis.


Pihak istana telah menyediakan garis panduan dan template yang boleh digunapakai seperti di bawah:



Mohon pihak penganjur untuk download template dan hanya isikan template berkenaan sahaja mengikut garis panduan yang disediakan.


Garis panduan isi kandungan deraf teks titah ucapan :

  1. Tidak perlu menceritakan tentang kebaikan program, kesan implikasi program, perkara-perkara yang telah dibuat atau telah dilaksanakan (point-point ini boleh diucapkan dalam ucapan wakil penganjur sebelum titah Baginda).

  2. Tidak perlu ‘quote’ petikan ayat daripada ucapan orang lain/ program lain yang terdahulu atau ‘quote’ mana-mana petikan dalam titah ucapan Baginda.

  3. Titah Baginda lebih menjerumus kepada titah nasihat/ pesanan oleh Baginda kepada peserta atau penganjur atau masyarakat.

  4. Fokuskan kepada cadangan baharu yang boleh ditambah baik kelak.

  5. Fokuskan kepada peranan/ tanggungjawab penganjur dan peserta selepas program selesai dan jangkaan hasil dalam tempoh beberapa bulan/ tahun selepas program.

  6. Titah ucapan Baginda tidak perlu panjang sangat tapi perlu “short, sharp and sweet”. Memadai 5- 6 muka surat mengikut template di atas.


NOTA

Deraf teks titah ucapan yang dah selesai dibuat oleh penganjur mengikut template yang dibekalkan, perlu dihantar ke e-mel dalam format ‘word’ dengan kadar segera selewat-lewatnya 1 minggu sebelum hari kejadian.


E-melkan draf ke syafiq.zai@perlis.gov.my dan cc kan ke zaharin@perlis.gov.my

Sebarang permasalahan atau info lanjut berhubung deraf teks titah DYTM, sila hubungi :

- Syafiq (Pegawai Seranta) : 017 - 359 1420

- Zaharin (SUS DYTM) : 013 - 473 3106


Setiap e-mel yang dihantar, sila maklumkan menerusi mesej aplikasi Whatsapp di talian di atas agar pihak Istana ‘aware’ dengan e-mel tersebut.


9 views0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


bottom of page